

Tiket MADANI yang berharga serendah RM200 bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Oktober ini, telah habis terjual.
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, menurut SIC tiket berkenaan mendapat permintaan yang tinggi oleh rakyat Malaysia, selepas sistem jualan dibuka kepada awam.
"Setakat hari ini (tiket MADANI) memang dah terjual dengan secara keseluruhan, tetapi kita akan melihat juga sekiranya ada ruang dan keperluan untuk tambahan (tiket MADANI) dan sebagainya. Kita akan umumkan dari semasa ke semasa," katanya.




