
KUALA LUMPUR – Perlawanan separuh akhir Piala ASEAN 2026 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini dijangka tidak meriah seperti ketika aksi peringkat kumpulan yang lepas.
Jika dibandingkan dengan perlawanan akhir Kumpulan B menentang Filipina, tiket yang dijual oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah habis dijual dua hari sebelum perlawanan.
Namun, berdasarkan kemaskini terbaharu daripada Facebook FAM, hanya 5,219 keping tiket telah dijual setakat semalam.
Kemungkinan besar keputusan FAM menaikkan harga harga tiket kategori Terbuka bagi aksi separuh akhir sehingga RM50 berbanding RM30 ketika aksi peringkat kumpulan menjadi faktor utama.
Selain itu, tiket bagi kategori Grandstand berharga RM70 dan RM100 untuk kategori VIP manakala tiket Terbuka bagi kanak-kanak kekal RM5.
Badan induk bola sepak negara itu mengakui kenaikan harga tiket terpaksa dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kos penganjuran, operasi dan keselamatan, pengurusan venue serta keperluan teknikal pertandingan. – KOSMO! ONLINE
The post Piala ASEAN: Aksi Harimau Malaya-Vietnam ‘kurang panas’ appeared first on Kosmo Digital.






