GP Jerman: Hakim Danish Tamatkan Perlumbaan Di Tempat Ke-12, Raih Empat Mata

13 Jul 2026 • 10:35 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: GP Jerman: Hakim Danish Tamatkan Perlumbaan Di Tempat Ke-12, Raih Empat Mata

Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 pada saingan Grand Prix (GP) Jerman untuk membawa pulang empat mata kejuaraan berharga.

Pelumba yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memulakan cabaran daripada petak ketiga di garisan permulaan. Beliau melintasi garisan penamat bagi perlumbaan 23 pusingan di Litar Sachsenring itu dengan catatan masa 33 minit 02.694 saat, iaitu ketinggalan 16.593 saat di belakang juara perlumbaan, Brian Uriarte daripada pasukan Red Bull KTM Ajo.

Uriarte mempamerkan tunggangan bertenaga untuk mengetepikan cabaran pendahulu keseluruhan kejuaraan, Maximo Quiles daripada CFMOTO Gaviota Aspar Team, dengan kelebihan tipis 0.063 saat. Sementara itu, kedudukan ketiga menjadi milik pelumba Level UP-MTA, Matteo Bertelle, yang menamatkan perlumbaan dengan perbezaan 5.053 saat di belakang pemenang.

Hasil kutipan empat mata terbaharu itu, Hakim Danish kini mengumpul 86 mata keseluruhan, sekali gus menyaksikan beliau kekal berada di tangga ketujuh dalam carta kedudukan pelumba Moto3.

Quiles terus gah menerajui kejuaraan dengan mengumpul 231 mata, diekori rapat oleh Uriarte di tempat kedua dengan 127 mata. Kedudukan ketiga pula dihuni oleh seorang lagi pelumba Red Bull KTM Ajo, Alex Carpe, yang mengumpul 126 mata keseluruhan.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved