GP Malaysia: Martin tarik diri, tidak teruskan saingan

31 Oct 2026 • 11:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: GP Malaysia: Martin tarik diri, tidak teruskan saingan

SEPANG – Pelumba pasukan Aprilia, Jorge Martin sah menarik diri daripada meneruskan aksi pada Grand Prix (GP) Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akibat kecederaan pergelangan tangan dialami.

Bekas juara dunia itu cuba melakukan tunggangan pada sesi latihan bebas hari ini, namun dia dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik sehingga berada di kedudukan ke-21.

Keputusan untuk menarik diri menyaksikan misi Martin bagi memburu takhta kejuaraan musim ini seolah-olah sudah berakhir kerana ketinggalan 10 mata dengan pendahulu dari Ducati, Marc Marquez.

“Jorge Martin akan menarik diri daripada baki saingan GP Malaysia bagi meneruskan proses pemulihan kecederaan,” kata Aprilia menerusi satu kenyataan ringkas.

Terdahulu, Martin mengalami kecederaan itu apabila terlibat dalam kemalangan ketika sedang beraksi pada perlumbaan pecut GP Australia di Litar Phillip Island minggu lalu.

Pada ketika ini, Martin berada di kedudukan kedua carta kejuaraan dunia dengan Marquez mendahului saingan dalam misi mempertahankan gelaran. – KOSMO! ONLINE

The post GP Malaysia: Martin tarik diri, tidak teruskan saingan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved