Kes Rogol, Dadah & Senjata Api Di Kelantan Meningkat – PDRM

LocalPolitics
9 Apr 2025 • 2:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Peningkatan kes jenayah di sesebuah negara pastinya menjadi suatu kebimbangan kerana akan memberi kesan yang sangat buruk.

Susulan itu, pihak berkuasa sentiasa berusaha dalam menangani isu jenayah di negara masing-masing agar ia tidak terus berleluasa demi keselamatan rakyat.

Tidak dinafikan, sehingga hari ini, kes jenayah seperti merompak, bunuh dan bermacam lagi masih lagi berlaku di serata dunia termasuklah Malaysia.

Kes rogol, senjata api dan dadah meningkat di Kelantan

Seperti baru-baru ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan kes rogol, senjata api, dan dadah merupakan antara kes jenayah yang mengalami peningkatan di negeri itu sepanjang Januari hingga Mac berbanding tahun lepas.

Menurutnya, sepanjang tempoh tiga bulan itu, kes rogol meningkat sebanyak 15.6% iaitu lima kes, samun berkawan bersenjata api pula 100% (1 kes) dan cedera 6.8% (3 kes).

“Bagi jenayah Narkotik pula, ia meningkat sebanyak 1% iaitu 82 kes.

“Bagi bulan Januari hingga Mac 2025 7,138 kes telah direkodkan berbanding sejumlah 7,056 kes bagi tempoh sama tahun 2024,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurutnya lagi, nilai rampasan dadah juga menunjukkan penurunan sebanyak 58% iaitu berjumlah RM2.2 juta berbanding tempoh yang sama tahun 2024 iaitu sebanyak RM5.2 juta.

Keseluruhan jenayah indeks suku tahun pertama di Kelantan menurun berbanding 2024

Berkongsi lanjut, beliau bagaimanapun memberitahu secara keseluruhan jenayah indeks di Kelantan pada suku tahun pertama bagi tempoh Januari hingga Mac menunjukkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jelasnya, ia menunjukkan penurunan sebanyak 17.1% (95 kes) iaitu 462 kes dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 557 kes.

“Ini adalah kejayaan besar bagi pihak PDRM Kelantan kerana berjaya mengekang penyeludupan dadah ekoran daripada larangan mana-mana individu menggunakan pangkalan haram untuk menyeberangi negara dan Thailand di sepanjang Sungai Golok berkuat kuasa 1 Disember 2024,” katanya lagi.

Source: