Grab Malaysia Santuni Komuniti Sepanjang Ramadan, Baik Pulih Surau & Agih 10,000 Bubur Lambuk

LocalSales & Promo
19 Mar 2026 • 6:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada Ramadan ini, Grab Malaysia memperkukuh hubungannya dengan komuniti yang disantuni melalui beberapa inisiatif berteraskan nilai sabar dan syukur.

Menerusi inisiatif #GrabBersamaMalaysia, kakitangan Grab, rakan pemandu dan penghantar, rakan peniaga serta anggota komuniti berganding bahu untuk memulihkan ruang komuniti, berkongsi juadah dan menyokong keluarga di seluruh negara.

Memulihkan Nadi Sebuah Kampung: Surau Nur Ramadhan

Grab Malaysia, bersama GXBank dan Jaya Grocer, berganding tenaga dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk memberikan nafas baharu kepada Surau Nur Ramadhan, sebuah ruang komuniti yang terpencil namun sangat bermakna bagi penduduk Kampung Paya Seberang di Hulu Langat.

Ditelan masa, surau tersebut semakin usang. Dengan semangat gotong-royong, kakitangan Grab, GXBank dan Jaya Grocer berganding bahu bersama rakan pemandu dan penghantar serta penduduk kampung untuk mengecat semula, membaiki dan memperindah ruang tersebut agar ia kekal selesa digunakan oleh komuniti sepanjang Ramadan dan seterusnya.

image is not available
Pemandu dan rakan penghantar menyertai usaha mengecat semula dan memperbaharui Surau Nur Ramadhan di Kampung Paya Seberang, Hulu Langat di bawah inisiatif Ramadan #GrabBersamaMalaysia oleh Grab Malaysia.

“Kita bukan hanya memperbaiki dinding atau sekadar mengecat semula,” kata Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor,

“Surau ini ialah tempat komuniti berkumpul sepanjang Ramadan dan juga sepanjang tahun. Melihat rakan pemandu, rakan penghantar, kakitangan dan penduduk kampung bekerjasama memulihkan surau ini ketika mereka berpuasa benar-benar mencerminkan semangat #GrabBersamaMalaysia, iaitu sebuah komuniti yang saling menjaga antara satu sama lain.”

image is not available
Para warga Grab serta rakan pemandu dan rakan penghantar bergotong-royong mengecat dan memperbaharui Surau Nur Ramadhan di Kampung Paya Seberang, Hulu Langat sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan #GrabBersamaMalaysia oleh Grab Malaysia

Berkongsi Juadah: Dihidangkan Buat Semua

Pemulihan surau ini adalah sebahagian daripada usaha lebih menyeluruh yang dijalankan di 16 lokasi di seluruh negara.

Sempena Ramadan ini, bersama rakan pemandu dan rakan penghantar, Grab menyediakan dan mengagihkan hampir 10,000 paket bubur lambuk, membawa tradisi berkongsi juadah panas ketika iftar kepada komuniti dari Kota Bharu hingga ke Sandakan.

image is not available
Rakan pemandu dan rakan penghantar Grab di Kuantan mengagihkan bubur lambuk kepada komuniti setempat sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan #GrabBersamaMalaysia oleh Grab Malaysia.

Meraikan Keluarga Rakan Pemandu

Menyedari bahawa kekuatan rakan pemandu itu datangnya daripada keluarga mereka di rumah, Grab juga menganjurkan majlis iftar istimewa untuk rakan pemandu dan rakan penghantar beserta keluarga mereka di Lembah Klang.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif dan juga dengan kerjasama LZS, kanak-kanak menerima duit raya, manakala keluarga diberikan barangan harian daripada Jaya Grocer. Ini diadakan untuk mengiktiraf pengorbanan oleh keluarga yang menyokong ekonomi digital Malaysia setiap hari.

image is not available

“Sabar on the Way”: Renungan tentang kesabaran

Semangat kesabaran dan kebaikan sepanjang Ramadan turut dizahirkan dalam filem jenama terbaharu Grab Malaysia berjudul “Sabar’s on the Way.” Diilhamkan daripada interaksi sebenar yang tular antara seorang rakan penghantar bernama Sabar dan seorang pelanggan, muzikal komedi ini mengolah semula lagu klasik “Tunggu Sekejap” yang dipopularkan oleh P. Ramlee.

Kisah ini mengikuti perjalanan Sabar yang berdepan pelbagai cabaran tidak dijangka dalam usaha menyempurnakan satu penghantaran, satu peringatan ringan bahawa sedikit kesabaran dan kebaikan mampu membawa makna yang besar.Di sebalik unsur hiburan, filem ini turut mencerminkan usaha dan dedikasi di sebalik setiap pesanan, dengan meraikan komitmen rakan pemandu dan rakan penghantar Grab, sambil mengukuhkan kedudukan Grab sebagai aplikasi harian yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia untuk mendapatkan makanan, barangan runcit dan keperluan harian. Filem jenama ini kini boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Grab Malaysia.

Mengimbas kembali inisiatif sepanjang bulan ini, Rashid menambah, “Misi kami sentiasa untuk berkembang bersama Malaysia. Sama ada memulihkan ruang komuniti atau menyokong rakan-rakan kami beserta keluarga mereka, semua usaha ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa kemajuan harus memberi manfaat kepada komuniti yang kami santuni.”

Malah Grab turut memuat nak video kompilasi aktiviti-aktiviti mereka sepanjang Ramadan di media sosial untuk tatapan orang ramai termasuklah ketika penggambaran filem pendek Raya, progrom gotong-royong dan banyak lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Grab Malaysia (@grabmy)

​Melalui inisiatif seperti #GrabBersamaMalaysia, Grab Malaysia terus bekerjasama dengan rakan-rakan serta komuniti untuk memperkukuh hubungan dan menyebarkan semangat Ramadan ke seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved