Klook & Yayasan MR. D.I.Y. Agih 500 Bubur Lambuk Kepada Keluarga

9 Mar 2026 • 10:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Klook & Yayasan MR. D.I.Y. Agih 500 Bubur Lambuk Kepada Keluarga

Dalam semangat kebersamaan sempena bulan Ramadan, Klook dan Yayasan MR. D.I.Y. berganding bahu menyediakan serta mengedarkan 500 pek bubur lambuk kepada penduduk di PPR Pinggiran Bukit Jalil.

Selain itu, seramai 30 keluarga daripada komuniti tersebut turut menerima bantuan barangan keperluan harian menerusi inisiatif kebajikan ini.

Program ini menyaksikan para sukarelawan Klook bekerjasama dengan pasukan Yayasan MR. D.I.Y. yang turut sama bergotong-royong menyediakan dan membungkus bubur lambuk seawal pagi.

Usaha ini sekali gus menghidupkan semangat gotong-royong yang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Hidangan yang disediakan kemudiannya diagihkan kepada penduduk sebelum waktu berbuka puasa supaya lebih ramai keluarga dapat menikmati juadah panas ketika berbuka.

image is not available

Dalam masa yang sama, 30 keluarga terpilih turut menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada Yayasan MR. D.I.Y., termasuk beras, tepung, minyak masak serta barangan pembersihan rumah.

Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga khususnya sepanjang bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri..

“Kami percaya pengalaman yang paling bermakna tercipta apabila kita bersama-sama menyumbang kepada komuniti di sekeliling kita. Menyedari bahawa Ramadan adalah musim untuk berkongsi rezeki dan memberi kembali kepada masyarakat, kami amat menghargai peluang bekerjasama dengan Yayasan MR. D.I.Y. bagi menyampaikan kegembiraan kepada keluarga yang memerlukan serta memainkan peranan kecil dalam menyokong komuniti setempat,” kata Sarah Wan, Pengurus Besar Klook bagi Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.

image is not available

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Klook untuk melangkaui pengalaman pelancongan dengan menyokong komuniti tempatan melalui penglibatan secara langsung di lapangan.

Melalui kerjasama seperti ini bersama Yayasan MR. D.I.Y., Klook terus memperkukuh komitmennya untuk menyebarkan kegembiraan dan sokongan kepada komuniti yang dilayaninya.