Grab mula menawarkan perkhidmatan roboteksi mereka kepada umum di Singapura semalam dengan ia juga perkhidmatan roboteksi pertama di Asia Tenggara. Perkhidmatan Grab Ai.R (Autonomously Intelligent Ride) ini ditawarkan Grab menerusi kerjasama dengan syarikat kenderaan swapandu WeRide.

Dua jenis kenderaan ditawarkan iaitu GXR dan Robobus dengan GXR telah digunakan sebagai roboteksi di China, UAE dan Arab Saudi. Perkhidmatan Grab Ai.R telah diuji sejak Januari di kawasan kediaman Punggol. Setakat ini 1000 penumpang telah menggunakannya dan roboteksi menjalan perjalanan swapandu sejauh 30,000 km. Sebagai langkah keselamatan, setiap roboteksi mempunyai 14 pemandu manusia yang mengambil alih kawalan apabila diperlukan.
Untuk menggunakan perkhidmatan roboteksi ini tempahan dilakukan menerusi laman rideair.ai dengan waktu operasi 9:30 pagi – 5:30 petang dari Isnin hingga Jumaat. Perkhidmatan masih lagi terhad kerana hanya sekitar Punggol dengan dua laluan swapandu sepenuhnya dan satu “Mini Route” selama 20 minit. Ia walau bagaimanapun percuma digunakan sehingga pertengahan 2026 bagi mengumpul maklum balas pengguna.


