“Group WhatsApp Function!” – Netizen Teruja Lihat Sepakat Penduduk Flat, Meriah Dengan Mercun

Entertainment
17 Apr 2024 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagaikan tradisi, sambutan hari raya di sini pastinya akan disambut dengan pelbagai dekorasi seperti lampu hiasan kelip dan bunyi mercun untuk menghidupkan lagi suasana Aidilfitri.

Lebih meriah lagi apabila satu kawasan perumahan berganding bahu memeriahkan suasana sempena lebaran seperti perkongsian pengguna TikTok ini.

Video TikTok yang dimuat naik oleh @firdauseusope yang memaparkan penduduk di sebuah rumah flat bersepakat bermain mercun telah menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang berdurasi satu minit 17 saat, setiap tingkat di rumah flat berkenaan diwakili penghuni untuk menembak mercun das ke udara.

“Group WhatsApp function!”

Perkongsian video terbabit dibanjiri pujian netizen, majoritinya menyifatkan penghuni-penghuni di flat terbabit hidup dalam harmoni dan bersepakat dalam menjayakan kemeriahan malam raya.

Ada yang mengatakan, penduduk flat tersebut sering menyambut sebarang perayaan dengan begitu meriah. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa cemburu dengan muafakat penduduk flat ini apabila dibandingkan dengan tempat tinggalnya.

Dalam pada itu, ada juga yang tertanya dengan keadaan kereta-kereta yang diletakkan di kawasan parkir terbuka di hadapan flat berkenaan kerana risau jika berlaku sebarang kerosakan disebabkan percikan api yang terbakar di udara.

image is not available image is not available

Sekadar info, difahamkan flat tersebut terletak di Kampung Melayu, Pulau Pinang. Sebelum ini, flat terbabit pernah tular dengan dekorasi lampu warna-warni di setiap tingkat.

Bukan senang nak dapat jiran yang sepakat macam ni, seronoklah!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.