GSF: Suami kongsi keadaan terkini Ardell Aryana – “WhatsApp dia tak berfungsi”

1 Oct 2025 • 10:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nadzmi Adhwa melaporkan perkembangan terkini isterinya iaitu Ardell Aryana yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Semenanjung Gaza.

WhatsApp tak berfungsi

image is not available

Menerusi perkongsian di threads, Nadzmi berkongsi satu tangkap layar keadaan semasa isterinya yang kini menghadapi masalah untuk berkomunikasi kerana terputus talian.

image is not available

“Assalamualaikum Adhwa, nak beritahu yang WhatsApp Kak Ardell tak function.

“Tak boleh guna, boleh berhubung melalui signal sahaja,” isi tangkap layar tersebut.

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut berdoa buat keselamatan isterinya dan seluruh aktivis lain yang menyertai misi kemanusiaan tersebut.

image is not available

“Doa suami untuk isteri tiada hisab kan? Ya Allah dengarkanla doa ku ini!

“Berikan mereka kekuatan, lindungi mereka, berkatilah mereka dan berilah mereka sampai di bumi Gaza. Ya Allah, padamu sahaja kami berserah,” pinta Nadzmi di Threads.

Untuk info, misi ke Gaza ini bukan kali pertama disertai sukarelawan dari Malaysia.

Keadaan di sana dilaporkan kritikal ekoran peperangan berterusan, dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan tempat tinggal.

Sukarelawan biasanya membantu mengagihkan makanan serta keperluan peribadi lain kepada penduduk terjejas.

Sumber: Threads @nadzmiadhwa