Pratempahan untuk dua versi GTA VI yang akan boleh dilakukan lewat pagi esok. Bagi yang berminat membelinya, Rockstar Games mengesahkan platform terbaik untuk menikmati GTA VI ialah konsol PlayStation 5. Beberapa ciri khusus hanya ditawarkan di konsol Sony seperti muatan permainan hampir serta merta, haptik serta butang picu lebih realistik menggunakan DualSense dan audio menerusi DualSense.

Ciri muatan permainan hampir sekelip mata menggunakan kepantasan SSD PS5 untuk membuatkan masa menunggu menjadi kisah lampau. Kesemua permainan GTA sebelum ini mempunyai masa muatan yang sangat lama kerana keseluruhan peta dunia terbuka perlu dimuatkan ke dalam memori. GTA VI misalnya mempunyai masa muatan lebih seminit walaupun pada sebuah PS5.

Selain di PlayStation 5 dan PlayStation 5 Pro, GTA VI juga boleh dimainkan di konsol Xbox Series S/X bermula 19 November nanti. Versi Switch 2 dan PC masih belum lagi diumumkan oleh Rockstar Games.
Sumber – PlayStation Blog



