Gudang seludup barang elektrik import diserbu

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 4:52 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gudang seludup barang elektrik import diserbu

PETALING JAYA: Kegiatan sebuah gudang di Bukit Belimbing, Seri Kembangan dekat sini menjadi tempat menyeludup barangan elektrik import tanpa kelulusan sebelum menjualnya kepada pengedar menggunakan invois pembelian tempatan terbongkar selepas diserbu pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Hasil serbuan itu sebanyak 9,286 unit barangan elektrik pelbagai jenis dan fungsi yang dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan (CoA) daripada Suruhanjaya Tenaga serta kelulusan SIRIM Berhad (SIRIM) dirampas.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk duti import dan cukai dianggarkan berjumlah RM1.33 juta.

Menurutnya, nilai barangan yang disita dianggarkan RM1.01 juta manakala duti import dan cukai yang terlibat berjumlah RM323,904.

“Pemeriksaan mendapati barangan elektrik berkenaan dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM. Dokumen kelulusan yang sah bagi barangan terbabit juga gagal dikemukakan ketika serbuan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, serbuan itu dilaksanakan berdasarkan maklumat risikan daripada Ibu Pejabat JKDM.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 60-an yang merupakan pengurus gudang berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan. JKDM sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik barangan elektrik berkenaan untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN

The post Gudang seludup barang elektrik import diserbu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved