Guna lagu ‘Kerja’ dari kumpulan Senario, PM Anwar maklumkan sudah kembali ke pejabat

LocalPolitics
29 Oct 2025 • 3:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkongsi satu hantaran di media sosial, beliau memaklumkan sudah kembali ke pejabat setelah jadual padat dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Kembali ke pejabat selepas jadual padat ASEAN 47

Perkongsian tersebut sudah tentu mencuri perhatian ramai memandangkan beliau seperti tidak berehat usai mengharungi banyak pertemuan dengan para pemimpin dunia dalam beberapa hari ini.

“Kembali ke pejabat” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

image is not available

Kembali ke pejabat dengan wajah kurang rehat

Dapat dilihat riak wajah sedikit penat memandangkan sebelum ini beliau ada mengatakan kekurangan tidur susulan jadual padat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri serta Pengerusi ASEAN.

image is not available

Apa yang menarik perhatian di posting tersebut adalah lagu dendangan kumpulan lawak Senario berjudul ‘Kerja’ digunakan sebagai lagu latar untuk hantaran terbabit.

Walaupun terdengar ceria, namun ia memberi gambaran sebenar kerja keras sehingga membuahkan hasil.

image is not available

Sebelum ini, muat naik Anwar di media sosial rasmi miliknya memperlihatkan wajah kurang rehat sewaktu di dalam kereta sambil melepaskan cermin matanya.

Hantaran tersebut telah dipenuhi dengan ucapan terima kasih serta menyarankan supaya beliau berehat seketika sebelum memulakan perjalanan ke Korea Selatan pula bagi meghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Sumber: Instagram anwaribrahim_my