Netizen Persoal Nak Saman Pemfitnah Waktu Majlis BASS, Ruhainies Pertahan Tindakan – “Tak Adil Untuk Saya Kena Tunggu”

LocalEntertainment
21 Oct 2026 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Ruhainies tampil menjelaskan sebab dia mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai dirinya, susulan dakwaan segelintir pihak bahawa dia sengaja membangkitkan isu berkenaan ketika orang lain mempunyai acara penting.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, menegaskan bahawa dia berhak mempertahankan diri tanpa perlu menunggu masa yang dianggap sesuai oleh pihak lain.

Advertisement
View this post on Instagram

Netizen Persoal Keperluan Saman Ketika ‘Wedding’ BASS

Ketika ditemui OhBulan! pada sidang media di Cili Kampung, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Selasa, Ruhainies mengakui menyedari terdapat pengguna Threads yang mempersoalkan masa tindakannya itu.

d

“Saya ada nampak juga di Threads, orang kata saya sengaja membangkitkan isu. Isu (fitnah) ini timbul takkan saya nak kena tunggu garis masa orang lain pula… Sebab orang itu ada sesuatu (acara), takkan nak kena tunggu.”

“Tak adil untuk saya. Kena tunggu minggu depan atau tahun depan baru nak ambil tindakan? Itu tidak adil. Saya kena fikir untuk diri sendiri juga, siapa yang nak bantu saya?” katanya.

Peguam Jelaskan Mengapa Tindakan Diambil Segera

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Ruhainies, Mohd Haizal Ayop, menjelaskan bahawa tindakan segera perlu diambil memandangkan dakwaan fitnah tersebut mula timbul pada 10 Oktober lalu.

“Fitnah ini timbul pada 10 Oktober lalu, jadi kalau kami tidak mengambil tindakan sekarang, nanti selepas seminggu orang kata benda dah lama. Jika ditangguh lagi, polis dan orang ramai akan mempersoalkan keseriusan kita,” jelasnya.

Seorang lagi peguam daripada Tetuan Azainie & Fakhrul, Fakhrul Azman Abu Hasan, turut berpandangan bahawa dakwaan fitnah tidak seharusnya dibiarkan terlalu lama tanpa tindakan.

“Dalam kes fitnah ini jika dibiarkan ia seolah-olah kita bersetuju dengan fitnah tersebut. Disebabkan itu tindakan diambil dalam tempoh munasabah. Kami perlu mengambil tindakan atas fitnah yang disebarkan itu. Isu pun masih hangat lagi,” katanya.

Tiga Individu Diberi Tempoh Tujuh Hari

Terdahulu, Ruhainies memaklumkan bahawa dia telah melantik dua peguam daripada dua firma guaman berbeza bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur fitnah membabitkan dirinya.

Ketiga-tiga individu berkenaan dituntut supaya membuat permohonan maaf, memberikan aku janji untuk menarik balik atau memadam kenyataan yang dipertikaikan, tidak mengulangi dakwaan tersebut serta menanggung kos guaman.

Sekiranya tuntutan berkenaan gagal dipenuhi dalam tempoh tujuh hari, pihak Ruhainies menyatakan hasrat untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta terhadap setiap individu.

Bagaimanapun, jumlah tersebut merupakan tuntutan yang dicadangkan pihak Ruhainies dan bukannya pampasan yang telah diputuskan oleh mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

j2026-10-20 13:43:14

Syed Saddiq Akhirnya Dedah Apa Yang Ditulis Dalam Buku Nota Ketika Majlis Berinai

The post Netizen Persoal Nak Saman Pemfitnah Waktu Majlis BASS, Ruhainies Pertahan Tindakan – “Tak Adil Untuk Saya Kena Tunggu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved