Guna pintu kereta sebagai penghadang, wanita selamba buang ‘hajat’ di kawasan parkir

18 Apr 2024 • 7:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular sebuah video memaparkan seorang wanita selamba buang hajat di kawasan parkir berdekatan dengan deretan kedai.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sekitar kawasan Bukit Indah, Johor Bahru pada Jumaat lalu, kira-kira jam 3.29 petang berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

image is not available

Wanita selamba buang hajat?

Menerusi video tular, jelas memaparkan seorang wanita dalam perjalanan menuju ke keretanya sebelum membuka pintu di bahagian pemandu serta pemandu.

Dia kemudiannya dilihat mencangkung dengan menjadikan kedua-dua pintu kereta tersebut sebagai penghadang sebelum wanita itu buang ‘hajat’.

image is not available

Tidak lama kemudian, individu berkenaan cepat-cepat menyucikan diri dengan beberapa tisu sebelum masuk dalam kereta dan beredar dari kawasan itu.

image is not available

Kenapa tak pergi tandas ?

Maklum pengguna Facebook yang memuat naik video tersebut, kejadian tersebut berlaku bersebelahan dengan sebuah restoran.

Ekoran itu, dia mempersoal tindakan wanita itu tanpa pergi ke premis berhampiran bagi meminjam tandas bagi membuang air besar.

“Apa pun, mungkin anda (pelaku) tidak faham (tahu), terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan anda.
“Video ini telah disunting tetapi ia tidak disunting secara berniat jahat. Ia hanya memotong beberapa bahagian bagi mempercepatkan proses,”maklum pengguna tersebut.

image is not available

Sumber: FB 陈魈杰