Guna saluran diplomatik China, Nepal

4 Oct 2026 • 2:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Guna saluran diplomatik China, Nepal

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Nepal menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh Nepal mangsa banjir dahsyat dan tanah runtuh 26 Ogos lalu bukan bermakna usaha Malaysia mendapatkan kepastian turut berakhir.

Jurucakap Malaysia Solidarity Families in Hope (Masfih), Dr. R. Manivannan berkata, Malaysia perlu menggunakan saluran diplomatik dengan Nepal dan China untuk membantu keluarga 54 rakyat negara ini yang masih belum ditemui.

Katanya, Nepal kini beralih kepada usaha pencarian serta pemulihan selepas menamatkan SAR.

“Wisma Putra mengesahkan perkara itu Jumaat lalu kepada waris mereka yang masih hilang tersebut. 

“Kami memahami keputusan Nepal, namun penamatan SAR tidak bermakna usaha Malaysia mendapatkan kepastian turut berakhir,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr. Manivannan, Masfih memohon supaya saluran diplomatik dengan Nepal dan China terus digunakan secara aktif, termasuk bagi mendapatkan perkembangan terkini usaha pencarian, pengesahan identiti dan sebarang maklumat baharu yang berkaitan.

Tambahnya, pihaknya juga menyarankan 20 lagi sampel ujian DNA rakyat Malaysia yang berkaitan diserahkan kepada pihak berkuasa China untuk tujuan padanan.

“Ini penting memandangkan tiga sampel DNA rakyat Malaysia yang diserahkan setakat ini adalah daripada kumpulan 23 rakyat kita yang melakukan perjalanan bersama.

“Dengan penyerahan 20 sampel tambahan itu, semua 23 sampel daripada kumpulan berkenaan dapat tersedia untuk tujuan perbandingan dan kenal pasti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, 55 rakyat Malaysia di Nepal gagal dihubungi keluarga susulan tragedi banjir di Rasuwa.

Bagaimanapun, Sabtu lalu, seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang, disahkan selamat dan sudah pulang ke tanah air.

© New Straits Times Press (M) Bhd

The post Guna saluran diplomatik China, Nepal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved