Guna Sos Dan Kulit Popia Homemade, Warga Kuching Wajib Cuba Popia Basah Di Bandar Baru Samariang

11 Mar 2023 • 2:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jangan lupa cuba popia basah di Rumah Popia!

Guna Sos Dan Kulit Popia Homemade, Warga Kuching Wajib Cuba Popia Basah Di Bandar Baru Samariang. Kalau korang nak cari kudapan yang sedap di Kuching, jom singgah ke Rumah Popia di Bandar Baru Samariang ini. Rumah Popia ni takdelah kedai besar sangat, cuma sebuah food truck kecil yang terletak tepi jalan.

Tapi jangan salah sangka, walaupun sekadar food truck tepi jalan, tetapi mereka menghidangkan popia basah dengan inti yang padat dengan sos homemade yang direka sendiri! Satu lagi bestnya, kedai popia ni sesuai untuk korang yang vegetarian. Memang perfect lah kalau korang nak makan something yang healthy dan sedap.

image is not available
Guna Sos Dan Kulit Popia Homemade, Warga Kuching Wajib Cuba Popia Basah Di Bandar Baru Samariang. Kredit: Facebook

Kulit popia homemade!

Korang mesti tertanya-tanya apa yang buat popia kat Rumah Popia ni special kan? Apa yang buat pelanggan ramai sanggup beratur panjang nak cuba popia ni? Sini kami nak share sikit rahsia diorang ni.

Pertama, Kulit popia ni homemade tau, bukan yang beli siap-siap dari pasaraya. So, korang boleh rasa beza dia. Kulit yang lembut dan sedap digigit, isi yang padat dengan campuran sengkuang, lobak merah dan kacang tumbuk. Memang kena dengan tekak kita orang Malaysia ni.

image is not available

Kedua, filling dalam popia ni memang banyak dan sedap. Diorang guna sayur-sayuran segar. Kalau makan confirm korang akan puas hati sangat dengan rasa filling dia.

Harga pun berbaloi

Yang paling best, harga popia kat Rumah Popia ni sangatlah affordable. Korang boleh makan sepuas-puasnya tanpa perlu risaukan harga yang mahal. Memang berbaloi-baloi lah kalau korang datang ke sini.

image is not available

So, kalau korang nak cuba popia basah yang sedap dan fresh, jangan lupa datang ke Rumah Popia di Bandar Baru Samariang, Kuching. Pasti korang takkan kecewa dengan pilihan yang dihidangkan. Selamat mencuba!

Dibuka setiap hari kecuali isnin.

Dari jam 12 tengah hari hingga 7 petang.

Lokasi: Berhadapan Mydin Bandar Baru Samariang, Kuching

Lagi tempat makan menarik: