Gunung Jerai jadi milik Lennart

28 Sep 2026 • 5:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gunung Jerai jadi milik Lennart

GUNUNG JERAI: Jasch Lennart bukan sahaja menakluki pendakian pertama Gunung Jerai dalam sejarah Le Tour de Langkawi (LTdL), malah terus merampas jersi pendahulu keseluruhan selepas muncul juara Peringkat 2 dari Taiping, hari ini.

Pelumba Tudor Pro Cycling Team itu mempamerkan kayuhan bertenaga dalam perlumbaan sejauh 145.6 kilometer (km) apabila melakukan serangan ketika baki kira-kira dua kilometer untuk meninggalkan kelompok pendaki.

Lennart, 26, kemudian mempertahankan kelebihan itu sehingga ke garisan penamat untuk mencatat masa 3 jam 37 minit 21 saat, sekali gus meninggalkan Abel Balderstone (Caja Rural-Seguros RGA) di tempat kedua dengan ketinggalan 16 saat.

Rakan sepasukan Balderstone, Jan Castellon melengkapkan podium di tempat ketiga, 32 saat di belakang Lennart.

Kejayaan itu menyaksikan Lennart mengambil alih jersi pendahulu keseluruhan (GC) daripada Matteo Malucelli (XDS Astana Team), sekali gus membuka lembaran baharu dalam perebutan kejuaraan LTdL selepas hanya dua peringkat.

Image from: Gunung Jerai jadi milik Lennart
Lennart tengah sambil diapit oleh Abel Balderstone (kiri) dan Jan Castellon (kanan) selepas menamatkan Peringkat 2 Le Tour de Langkawi 2026, hari ini.

“Saya sangat gembira. Hanya seminggu lalu saya memenangi perlumbaan terakhir (Il Giro d’Abruzzo) dan sekarang saya berjaya memenangi dua perlumbaan dalam tempoh yang begitu singkat.

“Saya perlu berterima kasih kepada pasukan kerana mereka melakukan kerja yang sangat hebat. Saya tidak pernah berada lebih jauh daripada kedudukan ketiga ketika pendakian.

“Ia benar-benar usaha berpasukan yang luar biasa,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan,” kata Lennart.

Berikut adalah keputusan Peringkat 2 LTdL26:

10 Pelumba Terbaik:

1. Lennart Jasch (GER) Tudor Pro Cycling Team: 3:37:21s
2. Abel Balderstone Roumens (SPA) Caja Rural-Seguros RGA: 3:37:37s
3. Jan Castellon Ribalt (SPA) Caja Rural-Seguros RGA: 3:37:53s
4. Jose Manuel Diaz Gallego (SPA) Burgos-Burpellet-BH: 3:38:25s
5. Cedrik Bakke Christophersen (NOR) Unibet Rose Rockets: 3:38:26s
6. Eivind Broholt Fougner (NOR) Unibet Rose Rockets: 3:38:27s
7. Mattia Gaffuri (ITA) Team Picnic PostNL: 3:38:34s
8. Mathis Le Berre (FRA) TotalEnergies: 3:38:47s
9. Jorge Gutierrez Gonzalez (SPA) Equipo Kern Pharma: 3:38:52s
10. Mathias Bregnhøj (DEN) Terengganu Cycling Team: 3:38:57s

Jersi Jingga (Pendahulu Keseluruhan):

1. Lennart Jasch (GER) Tudor Pro Cycling Team: 7:44:04s
2. Abel Balderstone Roumens (SPA) Caja Rural-Seguros RGA: 7:44:24s
3. Jan Castellon Ribalt (SPA) Caja Rural-Seguros RGA: 7:44:42s

Jersi Biru (Raja Pecut):

1. Matteo Malucelli (ITA) XDS Astana Team: 17 mata
2. Riley Pickrell (CAN) Modern Adventure Pro Cycling: 12 mata
3. Fernando Gaviria Rendon (COL) Caja Rural-Seguros RGA: 9 mata

Jersi Polka Dot (Raja Bukit):

1. Lennart Jasch (GER) Tudor Pro Cycling Team: 15 mata
2. Abel Balderstone Roumens (SPA) Caja Rural-Seguros RGA: 12 mata
3. Jan Castellon Ribalt (SPA) Caja Rural-Seguros RGA: 10 mata

Jersi Putih (Pelumba Asia Terbaik):

1. Yuhi Todome (JPN) Aisan Racing Team: 7:49:04s
2. Kee Zhe Yie (MAS) Terengganu Cycling Team: 7:49:19s
3. Tsen Ren Bao (MAS) St George Continental Cycling Team: 7:49:43s

Team General Classification:
1. Unibet Rose Rockets – 23:19:11s
2. Bardiani CSF 7 Saber – 23:21:11s
3. Tudor Pro Cycling Team – 23:22:20s

Pasukan Terbaik Asia:

1. Wheeltop Rotor Chengdu Team – 23:37:26s
2. Nusantara Cycling Team – 23:40:39s
3. Malaysia Pro Cycling – 23:41:45s

Pelumba Terbaik Asia:

1. Kee Zhe Yie (MAS) Terengganu Cycling Team: 3:42:26s

The post Gunung Jerai jadi milik Lennart appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved