LTdL26: Laluan sempit Gunung Jerai cabar pelumba

28 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: LTdL26: Laluan sempit Gunung Jerai cabar pelumba

LALUAN sempit, cerun curam dan risiko permukaan jalan licin bakal menjadi ujian getir buat pelumba Le Tour de Langkawi 2027 (LTdL26) apabila Peringkat 2 berakhir di puncak Gunung Jerai, hari ini.

Pendakian ke puncak tertinggi di Kedah pada ketinggian 1,217 meter dari aras laut itu buat julung kali menjadi penamat peringkat LTdL, sekali gus menguji ketahanan fizikal dan taktikal pelumba sebelum mereka berdepan dua lagi pendakian utama di Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Bagi skuad kebangsaan, zon pendakian Kategori 1 (CAT 1) di Gunung Jerai menjadi medan terbaik untuk menguji kemampuan pelumba selain dijadikan persiapan menghadapi cabaran lebih besar pada Peringkat 4 di Cameron Highlands dan Peringkat 5 di Genting Highlands.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Yusof Nasir, mengharapkan ketua pasukan Muhammad Zawawi Azman dan pelumba muda, Tsen Ren Han, mampu tampil sebagai pencabar utama negara di pendakian berkenaan.

“Saya menasihatkan pelumba supaya berhati-hati dan tidak tersangkut ketika mula memasuki laluan pendakian Gunung Jerai kerana laluannya agak sempit. Paling penting, mereka tidak terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Selain Zawawi dan Ren Han, skuad negara turut mempertaruhkan Chan Jian Le, Adam Hakimi Nazuan, Yusri Shaari dan Zahin Wahhi.

Peringkat 2 hari ini bermula di Taiping dan berakhir di puncak Gunung Jerai sejauh 145.6 kilometer dan berdepan tiga zon pecutan di Selama, Padang Serai dan Aman Jaya selain zon pendakian CAT 4 di Selama sebelum memasuki pendakian utama menuju puncak Gunung Jerai.

The post LTdL26: Laluan sempit Gunung Jerai cabar pelumba appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved