Guru didakwa cipta fitnah ‘mesin basuh’ demi content TikTok

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 10:48 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang guru bahasa Inggeris ditahan polis selepas dikesan membuat kandungan TikTok mendakwa Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan mendapati guru itu memberi alasan dia sekadar mahu “buat content”.

“Guru bahasa Inggeris, kita tangkap dan kalau Peguam Negara bersetuju akan tuduh. Tapi ‘content’ dia itu ditelan bulat-bulat oleh sebahagian besar rakyat, di dalam dan di luar dewan ini,” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat semalam.

Baca juga:

Sentimen palsu timbulkan kekeliruan

Menurut Saifuddin, cara susunan ayat dalam kandungan berkenaan seolah-olah menggambarkan ia adalah punca sebenar kematian. Dakwaan tidak berasas itu akhirnya mencetuskan sentimen dan gelombang salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Bila kita tanya, dia kata nak buat content. Tapi cara dia susun ayat seolah-olah begitulah punca kematian. Di sinilah saya nak sebut, kita tak boleh berdasar kepada sentimen dan emosi,” jelasnya.

Keadilan mesti berdasarkan fakta

Beliau menegaskan, sebarang spekulasi atau dakwaan rambang perlu ditolak kerana kebenaran hanya boleh ditegakkan melalui proses undang-undang yang sah.

“Kita tolak kalau ada mainkan sentimen politik, kalau ada yang buat spekulasi dan dakwaan jahat. Kita semua sepakat, dalam isu kematian Zara Qairina ini, kita mahu kebenaran dan kita mahu tegakkan keadilan,” katanya.

Sumber: Kosmo