Guru komited mengajar walaupun cuma ada 3 murid

8 Oct 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Guru komited mengajar walaupun cuma ada 3 murid

JAKARTA – Suasana pembelajaran di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman wilayah Kalimantan Utara, Indonesia mencuri  selepas memaparkan seorang guru yang setia mengajar walaupun hanya mempunyai tiga orang murid, lapor laman berita Detik Kalimantan.

Kisah mereka tular menerusi perkongsian guru tersebut, Teguh Cahyono, memaparkan suasana bilik darjah yang  lengang di Sekolah Dasar (SD) Negeri 005 Mentarang Hulu, Daerah Malinau.

Menerusi salah satu klip video terbaharunya, hanya dua murid berada di bilik darjah, manakala seorang lagi tidak dapat hadir ke sekolah.

Difahamkan, situasi bilangan murid terlalu sedikit bukanlah perkara baharu kerana rekod sesi persekolahan tahun lalu juga hanya mencatatkan kehadiran empat hingga lima orang murid sahaja.

Perkongsian Teguh mendapat simpati dan pujian netizen yang kagum dengan komitmen guru itu walaupun mengajar di kawasan terpencil berhampiran sempadan negara.

Memetik laporan media tempatan, Ketua Jabatan Pendidikan Daerah Malinau, Muhammad Fiteriady berkata, kerajaan tempatan tetap komited memastikan hak pendidikan asas diberikan kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira jumlah kehadiran murid.

Menurutnya, faktor utama bilangan murid  terhad adalah disebabkan oleh taburan penempatan penduduk yang berselerakan serta kadar populasi kanak-kanak usia sekolah rendah yang kecil di desa berkenaan. – AGENSI

 

The post Guru komited mengajar walaupun cuma ada 3 murid appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved