Guru raih pujian suap murid India makan ketika perlawanan bola sepak

9 Dec 2024 • 11:21 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Guru raih pujian suap murid India makan

Tular di media sosial satu video menyentuh hati yang mana guru raih pujian suap murid India makan ketika dalam perlawanan bola sepak bawah 12 tahun peringkat kebangsaan.

Menerusi satu hantaran di TikTok, mithresh_appa telah memuat naik satu video memaparkan dua orang guru yang sedang menyuapkan hidangan buat beberapa murid mereka.

Guru raih pujian suap murid India makan

@mithresh_appa

The MIFA National U12 Tamil School Football Tournament.

♬ original sound - NAND SUBRAMANIAM - NAND SUBRAMANIAM

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila salah seorang daripada guru tersebut merupakan guru berbangsa Melayu yang bernama Nora Jasdi.

Pada video tersebut, Cikgu Nora bukan sahaja menyuapkan makanan kepada anak muridnya, malahan dia juga meniup hidangan itu bagi memastikan ia tidak terlalu panas.

Tidak cukup dengan itu, Cikgu Nora juga kelihatan sangat berhati-hati ketika menyuapkan hidangan tersebut dan tidak melakukannya secara terburu-buru.

image is not available

Cikgu Nora bukan sahaja menyuapkan seorang anak muridnya, malahan guru wanita itu turut menyuapkan anak muridnya lain yang mendekatinya.

Dalam pada itu, terdapat seorang lagi guru berbangsa India yang turut membantu menyuapkan makanan kepada beberapa anak murid mereka yang lain.

image is not available

Difahamkan, anak-anak muridnya sedang menyertai Pertandingan Bolasepak Sekolah Tamil bawah 12 Tahun peringkat kebangsaan anjuran Malaysian Indian Football Association (MIFA).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan kedua-dua guru tersebut terutama Cikgu Nora yang tidak mengenal warna kulit.

Siap bismillah, terbaik cikgu!

image is not available

Hidup aman macam ni kita mahu

image is not available

Guru raih pujian suap murid India makan, siap tiupkan nasi

image is not available

Syabas dan terbaik cikgu!

image is not available

Pada masa yang sama, ramai juga guru-guru lain di ruangan komen yang berkongsi bahawa begitulah mereka sebagai pendidik, tidak mengenal perbezaan antara murid.

Guru raih pujian suap murid India makan, ini yang patut viral

image is not available

Guru zaman sekarang lagi matang

image is not available

Inilah keindahan seorang guru

image is not available

Sebak, rindu bila kita semua saling menyayangi

image is not available

Sementara itu, Cikgu Nora turut meluahkan rasa terharu di ruangan komen susulan menerima pelbagai pujian daripada warganet.

image is not available

Perpaduan macam ini yang kita perlu kekalkan!

Sumber: TikTok mithresh_appa