Guru tari direman 5 hari bantu siasatan amang seksual pelajar

14 Sep 2026 • 3:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Guru tari direman 5 hari bantu siasatan amang seksual pelajar
Suspek direman lima hari bagi membantu siasatan amang seksual terhadap pelajar lelaki.

MELAKA – Seorang guru tari persendirian direman selama lima hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki.

Perintah reman terhadap suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Asyikin Rosli pada Isnin.

Terdahulu, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 5 pagi pada Isnin.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 14 tahun 10 bulan merupakan pelajar suspek dalam bidang tarian tradisional dan dipercayai menjadi mangsa sejak mula mengikuti kelas dengan lelaki berkenaan pada 4 September lalu.

“Kes berkenaan dipercayai berlaku di dua lokasi, iaitu di kediaman suspek di Krubong dan kawasan Tasik 1 Krubong.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan berunsur seksual terhadap mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Dzulkhairi berkata, pihak polis turut menerima satu lagi laporan daripada seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun yang mendakwa menjadi mangsa suspek dalam kejadian berasingan pada Disember tahun lalu dan Jun lalu.

Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah hotel di Melaka serta kediaman suspek di Krubong dan siasatan lanjut masih diteruskan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved