RCI TH: Jamil Khir didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok

LocalPolitics
13 Sep 2026 • 7:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: RCI TH: Jamil Khir didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok

Sebelum ini, bekas menteri itu dilaporkan ditahan pada 4.30 petang, 2 Sept ketika hadir untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan RCI TH.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang sebelum ini disiasat berhubung isu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Jamil Khir akan dituduh pada 9 pagi, di Mahkamah Sesyen Jenayah 8 di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Pada 10 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan berkata pihaknya telah mengesyorkan tiga pertuduhan terhadap bekas menteri itu mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Beliau dilepaskan dengan jaminan pada 8 Sept, selepas menjalani tempoh reman tujuh hari bermula 2 Sept lepas.

Sebelum ini, bekas menteri itu dilaporkan ditahan pada 4.30 petang, 2 Sept ketika hadir untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan RCI TH.

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved