Jurutari muda direman lima hari kes noda pelajar lelaki

14 Sep 2026 • 3:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jurutari muda direman lima hari kes noda pelajar lelaki

MELAKA – Seorang jurutari lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki bawah umur.

Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Nurul Asyikin Rosli terhadap suspek berusia 20 tahun di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Reman itu bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Terdahulu, suspek yang juga bekerja sebagai jurumekap ditahan polis semalam selepas laporan dibuat oleh mangsa yang berusia 14 tahun 10 bulan pada pukul 5.03 pagi semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihak polis bagaimanapun turut menerima satu laporan polis daripada seorang lagi mangsa berusia 15 tahun, yang juga anak murid suspek dalam bidang tarian tradisional.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian melibatkan kes pertama dipercayai berlaku sejak 4 September lalu di dua lokasi iaitu kediaman suspek di Krubong dan kawasan Tasik 1 Krubong.

“Bagi kes kedua pula, mangsa berusia 15 tahun mengenali suspek sebagai jurulatih tari ketika terlibat dalam persembahan tarian zapin sempena Tourism Day di Encore Theatre, Klebang,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ujar beliau, bagi kes kedua, mangsa mendakwa kejadian pertama berlaku pada hujung Disember tahun lalu di sebuah hotel di Melaka dan kali terakhir pada awal Jun lalu di rumah suspek di Krubong.

“Mangsa tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa selepas kejadian kerana berasa takut dan trauma.

“Dia bagaimanapun tampil membuat laporan polis selepas mendapati kejadian sama dipercayai berlaku terhadap rakan-rakannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Dzulkhairi berkata, kes pertama disiasat mengikut Seksyen 14(a), manakala kes kedua disiasat mengikut Seksyen 14(d) akta sama.- KOSMO! ONLINE

The post Jurutari muda direman lima hari kes noda pelajar lelaki appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved