Guru Tuisyen Ditemui Maut Di Sebuah Rumah Kedai

23 Feb 2025 • 3:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah rumah kedai di Jalan Hoover, Ipoh semalam.

Memetik laporan MalaysiaGazette, wanita tersebut merupakan seorang guru tuisyen dan rumah kedai yang menjadi lokasi dia ditemui meninggal dunia merupakan tempat yang dijadikan pusat tuisyen.

Difahamkan, guru tuisyen itu yang berusia 53 tahun ditemui dalam keadaan meninggal dunia dan terdapat kesan kelar pada leher dan lengannya.

Pihak polis telah menerima laporan bahawa mayat guru tersebut ditemui oleh suaminya sekitar jam lima petang.

image is not available

Difahamkan lagi, siasatan pihak polis dengan suami mangsa mendapati bahawa wanita tersebut pernah mengatakan dia tidak mahu lagi hidup kerana tidak tahan lagi menanggung kesakitan kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan pada matanya.

Sebilah pisau lipat turut ditemui berdekatan dengan mayatnya.

Siasatan pihak polis mendapati tiada kesan pergelutan atau unsur jenayah atau mencurigakan ditemui di lokasi kejadian.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.