Guru tuisyen ‘ganggu’ 5 pelajar lelaki direman sehingga 21 Mei

16 Oct 2026 • 4:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Guru tuisyen ‘ganggu’ 5 pelajar lelaki direman sehingga 21 Mei

KUALA LUMPUR – Seorang guru tuisyen yang ditahan sebelum ini berhubung kes persetubuhan luar tabii dan amang seksual lima pelajar lelaki direman polis sehingga 21 Mei ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berusia lewat 40-an itu merupakan penjawat awam.

“Kesemua lima pelajar yang menjadi mangsa dalam kes terbabit berusia lingkungan belasan tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis menerima lima laporan berhubung kes persetubuhan luar tabii dan amang seksual melibatkan lima mangsa pelajar lelaki tempatan.

Fadil berkata kejadian dipercayai berlaku di rumah suspek yang dijadikan pusat tuisyen.

Katanya, Laporan pertama diterima pada 6 Oktober lalu, diikuti laporan kedua pada 10 Oktober, manakala tiga lagi laporan diterima pada 11 Oktober lalu di Balai Polis Bukit Jalil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). – KOSMO! ONLINE

The post Guru tuisyen ‘ganggu’ 5 pelajar lelaki direman sehingga 21 Mei appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved