5 pelajar jadi mangsa noda, guru tuisyen ditahan

16 Oct 2026 • 9:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 5 pelajar jadi mangsa noda, guru tuisyen ditahan

PETALING JAYA – Seorang guru tuisyen ditahan selepas polis menerima lima laporan berhubung kes persetubuhan luar tabii dan amang seksual melibatkan lima mangsa pelajar lelaki tempatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian dipercayai berlaku di rumah suspek yang dijadikan pusat tuisyen.

“Laporan pertama diterima pada 6 Oktober lalu, diikuti laporan kedua pada 10 Oktober, manakala tiga lagi laporan diterima pada 11 Oktober lalu.

“Kesemua laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Bukit Jalil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut termasuk merakam keterangan ahli keluarga serta mangsa yang terlibat.

Katanya, ahli keluarga mangsa, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turut memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan.

“Suspek telah ditangkap dan kini berada dalam tahanan reman bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). – KOSMO! ONLINE

The post 5 pelajar jadi mangsa noda, guru tuisyen ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved