
KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Hulu Selangor semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M. Manimaran berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada jam 7.15 pagi semalam berhubung kejadian itu.
Menurut beliau, mangsa dikenal pasti sebagai seorang wanita berusia lingkungan 30-an.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital berkenaan.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di bilik guru yang terletak di tingkat satu sekolah terbabit,” katanya.
Beliau berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa selesai dijalankan pada jam 5.30 petang semalam di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-6064 1222 atau Ketua Balai Polis Kerling, Sarjan Mejar Halim Khan Hazam Khan di talian 03-6048 1222 bagi membantu siasatan. - Getaran, 1 Ogos 2026






