JPN Selangor beri kerjasama penuh guru meninggal di sekolah

1 Aug 2026 • 12:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga seorang guru yang meninggal dunia di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor semalam.

JPN Selangor dalam satu kenyataan berkata, kejadian berkenaan kini dalam siasatan pihak polis dan jabatan itu memberi kerjasama penuh bagi membantu proses siasatan.

Menurut kenyataan itu, keutamaan JPN Selangor ketika ini adalah memastikan keluarga mangsa menerima bantuan serta sokongan sewajarnya.

“Pada masa sama, khidmat sokongan psikososial turut dilaksanakan khusus bagi membantu warga sekolah yang terjejas susulan kejadian ini,” katanya hari ini.

Sebelum ini, seorang guru wanita ditemukan maut di bilik guru dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintenden M. Muniandi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 pagi semalam dengan kehadiran pihak berkuasa di lokasi mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

JPN Selangor turut menyeru masyarakat supaya menghormati privasi keluarga mangsa dengan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.

“Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini,” katanya. – UTUSAN 

The post JPN Selangor beri kerjasama penuh guru meninggal di sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved