
PETALING JAYA: Seorang guru wanita ditemukan maut di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor, semalam.
Ketua Polis Hulu Selangor M. Manimaran berkata, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di bilik guru sekolah berkenaan ketika pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.15 pagi.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun mangsa telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPD Hulu Selangor di talian 03-60641222 atau pegawai penyiasat Halim Khan Hazam Khan di talian 03-60481222. – UTUSAN
The post Guru wanita ditemukan maut di sekolah appeared first on Utusan Malaysia.






