GV Fantasia: Faizal Terharu, Masih Ada Yang Ingat - “Ada Yang Kata Dah 20 Tahun Tunggu Nak Dengar Suara Saya…”

11 Nov 2026 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Faizal Terharu, Masih Ada Yang Ingat - “Ada Yang Kata Dah 20 Tahun Tunggu Nak Dengar Suara Saya…”

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Faizal menyifatkan kemunculan semula di pentas program tersebut selepas hampir 20 tahun sebagai satu momen manis yang cukup bermakna buat dirinya.Menerusi perkongsian di Threads, Faizal meluahkan rasa syukur apabila masih ada peminat yang setia menantikan kemunculannya untuk kembali beraksi di pentas.“Alhamdulillah, malam pertama Gegar Vaganza Fantasia jadi kenangan manis buat saya.“Ada yang kata dah 20 tahun tunggu nak dengar suara saya di pentas tu semula.“Terima kasih sebab masih ingat, masih sudi dengar, dan masih datang sokong,” coretnya.Dalam hantaran yang sama, Faizal juga turut menzahirkan penghargaan kepada isteri, keluarga dan peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan sehingga memberinya kekuatan untuk kembali membuat persembahan.“Buat isteri, keluarga dan peminat, terima kasih sebab sentiasa ada. Sokongan kalian yang buat saya berani melangkah naik pentas semula,” tulisnya.Minggu pertama GVF menyaksikan Faizal yang menyampaikan lagu Lihatlah berada ditempat kelima dengan peratusan markah sebanyak 52.76 peratus.GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.Bintang yang dimaksudkan adalah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Faizul Sany dan Firman Bansir.Minggu pertama juga turut memperkenalkan senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat yang bakal dipilih untuk memasuki GVF.BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang.Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganzaMenambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved