GV Fantasia: "Selepas Saya Menontonnya Semula, Saya Sendiri Pun…" - Vince

11 Nov 2026 • 8:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: "Selepas Saya Menontonnya Semula, Saya Sendiri Pun…" - Vince

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Vince mengakui akan lebih berhati-hati dengan pergerakan kaki ketika membuat persembahan pada minggu seterusnya selepas menyedari aksinya di atas pentas agak berlebihan.Vince atau nama sebenarnya, Vincent Chong, berkata dia sendiri tidak menyedari perkara tersebut sehinggalah menonton semula persembahannya.“Sekarang selepas saya menontonnya semula, saya sendiri pun tak sedar. Terlebih pula saya!“Vince akan lebih teliti dengan gerak-geri kaki untuk persembahan akan datang. Tetapi, harap-harap semua terhibur. Saya akan buat lebih baik untuk minggu kedua,” tulisnya.Sebelum ini, ketua juri GVF, Datuk Ramli M.S turut memberikan komen terhadap persembahan Vince dengan mengakui penyanyi itu banyak menggunakan elemen teknikal ketika menyampaikan lagu.Menurut Ramli, persembahan lagu pertama Vince kurang menjadi, manakala lagu kedua menunjukkan sedikit peningkatan. Bagaimanapun, dia turut mengingatkan Vince supaya tidak terlalu memberi tumpuan kepada teknik sehingga mengabaikan aspek kemerduan lagu.“Keseluruhan lagu pertama awak tak boleh pakai, lagu kedua boleh sikit, tetapi dalam itu awak letak banyak perkara teknikal. Tiba-tiba falsetto naik, tiba-tiba begitu, begini. Lagu yang susah.“Tapi saya kena bagi ‘hands off’ dekat awak. Cuma kena hati-hati, kita tak tengok teknikal apa, kita dengar semua, sedap atau tidak,” katanya. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved