GV Fantasia: Power! Aura Juara AF2015 Masih Berbekas! Sufie Bakal Calon Hot Seat?

8 Nov 2026 • 10:40 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Power! Aura Juara AF2015 Masih Berbekas! Sufie Bakal Calon Hot Seat?

Pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) dimeriahkan dengan persembahan istimewa penyanyi Sufie Rashid yang membuat kemunculan bagi menghiburkan penonton.Dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu Kisah Dua Muka dan Aku Sanggup, ternyata aura juara Akademi Fantasia 2015 masih berbekas dalam diri Sufie.Bagaimanapun, kehadiran Sufie di GVF menjadi tanda tanya sama ada penyanyi berusia 35 tahun itu adalah calon hot seat atau pun tidak.Untuk rekod, Sufie merupakan juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) dan mencipta sejarah sebagai peserta pertama dari Singapura yang menjuarai AF.Selain Sufie dan Amir, beberapa nama lain seperti Hazama dan Akim turut menjadi sebutan peminat yang mula membuat spekulasi mengenai barisan bintang Hot Seat.GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved