GV Fantasia: Baru Mula, Stacy Terus ‘Take Over’ Top 1! Semak Markah Penuh Minggu Pertama

9 Nov 2026 • 3:54 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Baru Mula, Stacy Terus ‘Take Over’ Top 1! Semak Markah Penuh Minggu Pertama

Minggu pertama program realiti Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menyaksikan tiada penyingkiran diumumkan selepas kesemua bintang selamat mara ke minggu seterusnya.Keputusan tersebut sekaligus memberi peluang kepada bintang-bintang GVF untuk terus memperbaiki mutu persembahan di minggu kedua kelak.Ketiadaan penyingkiran pada minggu pertama ini juga turut memberi ruang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan pentas GVF.Bagaimanapun, Stacy membuktikan kehebatannya apabila berjaya menduduki tangga pertama pada minggu ini dengan meraih peratusan markah sebanyak 66.80 peratus.Lebih manis, Stacy turut diumumkan sebagai penerima anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi bagi minggu pertama.Sementara itu, tiga peserta yang berada di kedudukan terendah minggu ini ialah Firman, Vince dan Shahir.Berikut merupakan markah penuh GVF di konsert minggu pertama:1.Stacy - 66.80%2.Mila - 66.51%3.Mawi - 56.32%4.Faizul - 55.83%5.Faizal - 52.76%6.Zahid - 51.11%7.Firman - 51.07%8.Vince - 48.66%9.Shahir - 42.23%Untuk info, GV musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.Menariknya lagi, senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat GVF juga turut diperkenalkan.BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganzaMenambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.  

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved