GV Fantasia: “Tahniah Farah & My Cousin, Akim Ahmad” - Fitri AF2

16 Nov 2026 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: “Tahniah Farah & My Cousin, Akim Ahmad” - Fitri AF2

Alumni program Akademi Fantasia 2 (AF2), Fitri Zainal menzahirkan ucapan tahniah buat rakan perjuangannya, Farah Diana Anuar selepas penyanyi itu diumumkan sebagai salah seorang alumni yang mengisi kekosongan kerusi panas bagi program Gegar Vaganza Fantasia (GVF).Menerusi Threads, Fitri yang memuat naik gambar bersama Farah turut menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi yang juga sepupunya, Akim Ahmad kerana turut mengisi kekosongan tersebut.“Tahniah buat Farah dan sepupuku Akim Ahmad yang still nampak handsome bro. Haha good luck untuk minggu depan,” kongsinya.Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya tidak menyangka Fitri dan Akim merupakan sepupu.Menjengah ke ruangan komen, Fitri tampil menjelaskan bahawa dia baru mengetahui bahawa dia dan Akim mempunyai pertalian darah sewaktu menyertai Akademi Fantasia satu ketika dahulu.Pada Ahad, Farah dan Akim diumumkan sebagai salah seorang daripada empat alumni AF yang terpilih untuk menyertai GVF selepas meraih undian tertinggi daripada peminat.Selain Farah dan Akim, dua lagi alumni yang terpilih termasuklah, Felix Agus dan Ara Johari.Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved