‘Habis madu, sepah dibuang’, Loke sindir Kian Ming?

LocalPolitics
31 Aug 2026 • 2:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Habis madu, sepah dibuang’, Loke sindir Kian Ming?

PETALING JAYA: Peribahasa yang dimuat naik Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di Facebook miliknya menimbulkan tanda tanya apabila menyatakan ‘habis madu, sepah dibuang’.

Walaupun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun peribahasa yang membawa maksud membuang atau meninggalkan sesuatu yang sudah tidak diperlukan lagi itu dipercayai ditujukan kepada bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming.

Awal pagi ini, Kian Ming mengumumkan meletakkan jawatan sebagai ahli DAP berkuat kuasa hari ini melalui satu surat yang diutuskan kepada Loke.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menyatakan beliau tidak berhasrat menyertai mana-mana parti atau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) namun memberi komitmen membantu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin jika dicalonkan pada pilihan raya kelak.

“Saya tidak merancang untuk menyertai mana-mana parti politik lain dalam masa terdekat dan saya tidak berniat untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang (PRU16).

“Saya tetap komited untuk menunaikan janji yang telah saya buat pada 10 Januari 2026, untuk membantu Khairy Jamaluddin berkempen dalam PRU16, jika beliau diberi kerusi untuk bertanding.

“Saya akan terus berkhidmat untuk kepentingan negara melalui cara lain termasuk dalam podcast saya (“Are We OK”), melalui pelbagai jawatan penasihat saya dan dengan bekerjasama dengan orang lain yang berfikiran sama dengan minat yang sama,” katanya.

Susulan peribahasa dimuat naik Loke, pengikutnya di Facebook kebanyakan mengaitkannya dengan tindakan Kian Ming meninggalkan DAP. – UTUSAN

The post ‘Habis madu, sepah dibuang’, Loke sindir Kian Ming? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved