“Habis rosak kipas & meja”- [VIDEO] Netizen Kecam Pelajar Lakukan Vandalisme Pada Hari Terakhir Sekolah

Entertainment
18 Feb 2023 • 1:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam merupakan hari terakhir sesi persekolahan tahun 2022/2023 bagi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Sarawak dan sebagainya manakala hari Khamis pula merupakan hari terakhir sekolah bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Namun, ada segelintir pelajar sekolah yang tidak bertanggungjawab telah bertindak merosakkan harta benda sekolah seperti kipas, kerusi dan meja sebagai tanda meraikan hari terakhir mereka di sekolah.

image is not available

Tindakan pelajar-pelajar tersebut telah tular dan dikecam oleh warganet di media sosial setelah video mereka melakukan aktiviti vandalisme itu dikongsikan di Twitter dan Facebook.

Dalam video yang berdurasi selama 28 saat itu, dapat dilihat terdapat sekumpulan pelajar lelaki dipercayai murid sekolah menengah telah membaling kerusi dan membengkokkan kipas siling sehingga patah dan rosak.

Difahamkan, video tersebut dikongsikan di TikTok oleh seorang individu sebelum dikongsikan oleh warganet dan pengamal media di platform Twitter.

image is not available

Aktiviti vandalisme itu sudah tentu telah mencetus kemarahan netizen kerana ramai yang mengatakan tindakan pelajar-pelajar itu adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Ia juga telah merugikan pihak sekolah kerana harta benda sekolah itu perlu dibeli atau diganti semula dengan yang baru.

Rata-rata warganet juga menggesa pihak KPM atau pihak pentadbiran sekolah yang terlibat mengenal pasti pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme itu kerana wajah setiap pelajar tersebut boleh dilihat dalam video itu.

image is not available

image is not available

Namun, jangan risau kerana menurut Harian Metro, identiti pelajar-pelajar yang merosakkan harta benda sekolah tersebut telah pun dikenal pasti.

Apa nak jadi lah dengan budak-budak zaman sekarang ni kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.