“Habis Saya..” – Jadi Bualan Ramai, Bobby iKON Dedah Sebab ‘Perli’ RM BTS Di Anugerah MAMA 2014

Music
8 Mar 2024 • 3:30 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bobby iKON telah menceritakan sebab mengapa dia memerli RM BTS di Anugerah MAMA tahun 2014.

Baru-baru ini, Bobby telah membuat kemunculan dalam satu rancangan YouTube, “Money Chord”. Di mana, dia telah menceritakan kisah disebalik persembahan rapnya di Anugerah MAMA 2014.

Katanya,

Sejujurnya, ramai yang ingat kami bermusuh dan saya cuba nak burukkan RM. Tapi, sebenarnya tidak.

Tambahnya,

Pada mulanya mereka suruh saya perli EXO. Tapi bila saya fikir balik, jika saya perli EXO memang pada masa itu, memang boleh mati saya dikerjakan.

image is not available

Sambungnya,

Sebab itu juga saya pilih untuk rap tentang RM. Ianya kerana saya sangat menghormati dia dan saya juga tahu yang RM akan balas balik rap saya itu dengan sesuatu yang setaraf sebab dia mempunyai kemahiran rap yang luar biasa.

La… Sebab tu rupanya. Tapi apa-apa pun persembahan Bobby masa tu memang gempak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.