Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

LocalBusiness & Finance
24 Aug 2026 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

image.png

Kebanyakan pembeli dan pemilik kenderaan elektrik (EV) dibelenggu dengan isu keselamatan pengecasan EV di rumah selepas kejadian sebuah EV terbakar ketika sedang dicas di sebuah rumah di Alam, Damai, Cheras baru-baru ini.

image.png

Untuk itu, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menggesa pemilik menyemak semula polisi insurans rumah masing-masing berikutan had liabiliti standard RM50,000 yang disifatkan terlalu rendah untuk menampung kerosakan struktur.

Risiko Kebakaran Pengecas EV Dedah Kelemahan Insurans Rumah

Insiden kebakaran kediaman yang dipercayai berpunca daripada aktiviti mengecas EV kini menimbulkan tanda tanya besar dalam kalangan pemilik hartanah.

Banyak pihak mula mempersoalkan sejauh mana polisi insurans sedia ada mampu menampung kerosakan harta benda serta liabiliti pihak ketiga.

Perkembangan ini memperlihatkan jurang kefahaman antara perlindungan insurans motor dan insurans kebakaran rumah.

Pembeli EV berisiko menanggung kerugian besar sekiranya pengecas dinding (wallbox) yang dipasang tidak dilindungi secara automatik di bawah polisi standard.

PIAM Amaran Had Liabiliti RM50,000 Tidak Mencukupi

Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon, mengingatkan pemilik kediaman supaya menilai semula perlindungan liabiliti awam mereka. Polisi standard pemilik rumah lazimnya hanya mengehadkan perlindungan liabiliti kepada RM50,000 sahaja.

Had tersebut dianggap sangat kritikal dan terlalu rendah bagi pembaikan semula rumah bertanah. Kos membaiki bumbung, pendawaian elektrik, paip, serta pembersihan sisa pembaikan boleh menelan perbelanjaan jauh lebih tinggi daripada jumlah asal.

Pemilik rumah disaran membuat penilaian semula jumlah perlindungan bangunan agar selari dengan kos pembinaan semula semasa. Langkah ini termasuk mengambil kira kerja naik taraf sistem elektrik bagi pemasangan pengecas EV fasa tunggal 7kW yang menelan kos RM3,000 hingga RM8,000.

Beza Perlindungan Insurans Motor EV dan Insurans Kebakaran

Polisi insurans motor standard secara umumnya melindungi kenderaan daripada risiko kemalangan, kebakaran, dan kecurian.

Manakala insurans kebakaran rumah pula melindungi kerosakan fizikal struktur bangunan tanpa mengira punca insiden, sama ada daripada EV mahupun punca elektrik lain.

Hanya untuk EV

Untuk makluman, syarikat insurans turut menawarkan produk khusus untuk EV yang mungkin merangkumi pengecas rumah, peralatan pengecas mudah alih serta liabiliti peribadi berkaitan pengecas dinding di kediaman.

Beliau menjelaskan, insurans motor EV memberikan perlindungan terhadap kenderaan, manakala insurans kebakaran standard pula melindungi kerosakan harta benda akibat risiko yang diinsuranskan, termasuk kebakaran, tanpa mengira sama ada puncanya ialah EV, kenderaan berkuasa petrol atau sumber elektrik lain.

Namun, pengecas EV di rumah tidak secara automatik dilindungi di bawah polisi rumah standard.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved