“Hadap & Hadam Je, Mungkin Sebab Tu Juga Bayaran Saya Mahal” – Tular Isu Pelakon Badan Berbau, Faizal Hussein Bersuara

EntertainmentLifestyle
29 Jul 2025 • 2:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu seorang aktres mendedahkan dirinya terpaksa menahan nafas apabila berlakon dengan seorang aktor (tidak didedahkan identiti) kerana badannya yang terlalu berbau.

Pelakon badan berbau perkara biasa

Bersuara mengenai isu tersebut, pelakon lagenda, Faizal Hussein menyifatkan perkara tersebut satu hal yang biasa sebagai seorang anak seni yang ‘berkampung’ di set penggambaran.

Menurut Faizal atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Hussein, dia sudah berdepan dengan perkara ini untuk tempoh yang lama tetapi enggan memperbesarkan isu, apatah lagi menghebahkan hal ini di platform media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaila Sulaiman (@suhailasulaiman76)

Saya jenis orang, kalau saya tak suka seseorang, orang itu takkan tahu. Hadap dan hadam sahaja. Mungkin sebab itu juga bayaran saya mahal.

Bukan dosa besar, simpan aib orang

Dalam pada itu, aktor itu menegaskan bahawa bau badan itu bukanlah satu dosa yang besar dan tidak sepatutnya menjadi topik bualan secara umum memandangkan manusia tidak sempurna.

Jadi bagi saya, sebagai orang dewasa, apa sahaja pandangan atau ketidakselesaan, simpan sahajalah untuk diri sendiri. Tak semua perkara kena beritahu satu dunia.

image is not available 2025-07-22 10:50:38

"Muka Hensem Tapi Ketiak Busuk" - Pelakon Wanita Dedah Kena Tahan Nafas Berlakon Dengan Aktor Tak Jaga 'Hygiene'