
Muka kacak tapi badan berbau? Biar betul? Baru-baru ini, pelakon sedang meningkat naik Harissa Adlynn, mendedahkan satu pengalaman tak menyenangkan ketika berlakon bersama aktor yang rupa elok tapi sayangnya, tak jaga kebersihan diri.
Pelakon kacak badan berbau, Harissa terpaksa tahan nafas
Siap ada yang berbau badan sampai Harissa terpaksa ‘tahan’ sepanjang penggambaran! Menurut Harissa, isu kebersihan diri bukan perkara kecil kerana ia boleh memberi kesan besar kepada keselesaan di set penggambaran.

Jelas Harissa, apabila berlakon, kadang kala mereka perlu berada dalam ‘frame’ yang dekat, itu menyebabkan bau badan semakin ketara.
Saya dah berjumpa dengan ramai orang yang tidak menjaga hygiene. Ada saja aktor kacak yang berbau, tapi saya tak akan cakap siapa.
Bau badan menyebabkan Harissa ‘turn off’ dan terpaksa menggunakan pendekatan lembut iaitu menegur dengan cara halus.

Contohnya Harissa akan bercakap mengenai minyak wangi dengan harapan aktor itu faham.
Saya sendiri sentiasa cuba yang terbaik untuk sentiasa wangi. Bila bekerja pun, saya selalu pesan dekat co-star, team wardrobe kalau saya ada bau pelik, bau ketiak atau kepam, tolong beritahu.
Dalam masa yang sama, Harissa turut menekankan pentingnya berbau wangi di tempat kerja.
Pssttt! Semoga jadi pengajaran buat semua, rupa elok tak cukup kalau tak jaga hygiene! Pening kepala tau.
Kredit: Xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

