Hadi Dakwa Bersatu Terkeluar PN, Azmin Tegaskan Masih Anggota Sah

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 5:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hadi Dakwa Bersatu Terkeluar PN, Azmin Tegaskan Masih Anggota Sah

Hadi Dakwa Bersatu Terkeluar PN, Azmin Tegaskan Masih Anggota Sah

MARANG, 7 Ogos (Bernama) -- Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terkeluar secara automatik daripada Perikatan Nasional (PN) susulan hasrat parti itu untuk membentuk gabungan baharu.

"Dia (Bersatu) sudah membuat kenyataan hendak tubuh satu pasukan lain... automatik dia keluar," katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata PN tidak perlu membuat pemberitahuan secara rasmi kepada Bersatu berhubung kedudukannya dalam gabungan itu kerana parti berkenaan dianggap terkeluar dengan sendirinya selepas menyatakan hasrat untuk membentuk gabungan lain.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan parti itu akan membentuk gabungan baharu bersama beberapa pihak lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos lepas.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan berasingan menolak kenyataan Abdul Hadi itu dan menegaskan parti berkenaan masih merupakan anggota sah PN memandangkan tiada mana-mana fasal dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan parti anggota tergugur dengan sendirinya.

Baca juga:

"Kedudukan Bersatu sebagai parti anggota Perikatan Nasional hanya boleh dimuktamadkan oleh Majlis Presiden menurut Fasal 7A Perlembagaan Perikatan Nasional. Sehingga kini, Majlis Presiden tidak pernah bersidang untuk menentukan keanggotaan Bersatu dalam Perikatan Nasional," katanya.

Azmin turut menegaskan Presiden PAS tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PN.

Sehubungan itu, beliau berkata Bersatu akan membuat aduan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung perkara berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved