Hajat doa selamat untuk rumah baharu bertukar kenduri tahlil anak

LocalFamily & Parenting
4 Sep 2026 • 2:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hajat doa selamat untuk rumah baharu bertukar kenduri tahlil anak

​KOTA TINGGI – Hajat sebuah keluarga untuk mengadakan majlis doa selamat sempena berpindah ke rumah baharu bertukar hiba apabila majlis tersebut kini diganti dengan kenduri buat anak sulung mereka yang dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Lompat.

Shahrizal Ibrahim, 41, bapa saudara kepada Muhammad Haiman Fitri Supian, 16, mangsa lemas di pantai berkenaan berkata, keluarga mangsa baru sahaja berpindah ke rumah baharu generasi kedua Felda di Felda Bukit Waha pada 30 Ogos lalu.

Katanya, ibu bapanya merancang untuk mengadakan majlis doa selamat pada esok 5 September, namun terpaksa menganjurkan majlis tahlil untuk anaknya sekali.

​”Ikutkan niat asal, 5 September ini (esok) memang nak buat doa selamat rumah baharu sebab ibu bapanya baru pindah 30 Ogos hari tu di Felda Bukit Waha.

“Nampaknya esok buat kenduri untuk anaknya sekali,” katanya sebak ketika pemberita di Pantai Tanjung Lompat, hari ini.

​Sharizal yang sanggup cuti kerja untuk turut sama dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak buahnya itu berkata, dia dan beberapa ahli keluarga yang lain tidak pulang ke rumah sejak hari pertama operasi mencari Haiman hilang dilancarkan.

​Katanya ayah Haiman tidak sihat kerana mengalami strok sejak tiga tahun lalu, manakala ibunya menjaga bapanya di rumah.  – KOSMO! ONLINE

The post Hajat doa selamat untuk rumah baharu bertukar kenduri tahlil anak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved