Hajiji diberi taklimat mengenai Jendela 2

LocalTechnology
4 Nov 2026 • 4:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Hajiji diberi taklimat mengenai Jendela 2

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, pada Selasa menerima kunjungan hormat Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil, di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini.

Menyertai kunjungan itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Anggota Suruhanjaya MCMC, Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri (KPSTI), Datuk James Ratib, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik, Datuk Mohamed Razali Mohd Razi, Setiausaha Tetap KPSTI, Datuk Hassan Mahali dan Pengerusi Sabah Net, Datuk Azman Ruslan.

Hajiji telah diberi taklimat mengenai perkembangan terkini projek Fasa Kedua Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela 2), yang menjadi antara inisiatif penting dalam memperluas infrastruktur dan capaian komunikasi digital di Sabah.

Pelaksanaan Jendela 2 dijangka memberi manfaat khususnya kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman yang masih berdepan cabaran mendapatkan perkhidmatan internet berkualiti berikutan faktor geografi dan taburan penduduk.

Menteri Komunikasi sebelum ini memaklumkan bahawa Jendela 2 merangkumi 3,000 lokasi di seluruh negara, dengan kira-kira 2,000 lokasi di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak menjadi tumpuan Fasa Kedua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved