Hajiji hargai 32 tahun khidmat Jauteh

5 Nov 2026 • 5:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Hajiji hargai 32 tahun khidmat Jauteh

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Rabu menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di Menara Kinabalu, di sini.

Jauteh akan bersara wajib pada 11 Nov ini selepas berkhidmat lebih 32 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hajiji merakamkan penghargaan atas segala khidmat bakti dan sumbangan Jauteh, khususnya dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah.

“Diharapkan hubungan erat dan kerjasama antara kerajaan negeri dengan PDRM akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah sentiasa terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Jauteh merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Hajiji, atas sokongan padu membantu memperkukuh prasarana dan logistik PDRM Kontinjen Sabah.

Beliau berkata, bantuan kerajaan negeri, khususnya penyediaan tapak tanah, membolehkan pembinaan dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu di Kalabakan dan Nabawan dimulakan menerusi majlis pecah tanah di kedua-dua lokasi.

“Kerajaan negeri turut menyediakan bantuan khas bagi menaik taraf 20 pondok polis di seluruh Sabah, sekali gus membantu meningkatkan kemudahan logistik dan prasarana pasukan,” katanya.

Jauteh berkata kerjasama erat kerajaan negeri turut membantu PDRM menangani pelbagai isu keselamatan serta mempercepat penyediaan prasarana dan logistik bagi meningkatkan keupayaan pasukan di Sabah.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih bagi pihak PDRM Sabah kepada Ketua Menteri atas sokongan penuh yang diberikan sepanjang saya berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved