Hajiji kata kestabilan politik, satu hati kunci pembangunan negeri

LocalPolitics
29 Jan 2025 • 3:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata hanya kestabilan politik, satu hati dan perpaduan yang utuh mampu membawa kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Tegas beliau, lebih banyak pembangunan termasuk meningkatkan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan sekiranya rakyat bersatu hati.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kerajaan negeri hari ini mempunyai banyak perancangan untuk meningkatkan ekonomi khususnya menerusi tiga teras utama Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ)," katanya.

“Malah, lebih banyak inisiatif akan dilaksanakan kerajaan pada tahun ini demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat," tambahnya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Ini kerana jelasnya perjuangan membantu rakyat belum selesai.

“Saya mahu rakyat di negeri ini termasuk di Sandakan akan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan GRS-PH Plus dalam pilihan raya akan datang agar perjuangan kita membangunkan negeri ini akan dapat diteruskan,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 peringkat daerah Sandakan di Dewan Yu Yuan, disini, pada Rabu.

Ia anjuran bersama Parlimen Sandakan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat, DUN Karamunting dan Majlis Perbandaran Sandakan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Joachim Gunsalam, Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Phoong Jin Zhe, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung, ADUN Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, Setiausaha ADUN Tanjong Papat merangkap Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui-Fui, peminpin setempat, jemputan dan lebih 3,000 hadirin.

Hajiji berkata pencapaian dalam ekonomi khususnya kutipan hasil terus meningkat setiap tahun daripada RM4 bilion kepada hampir RM7 bilion pada tahun lalu.

“Saya percaya dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, jika GRS-PH Plus diberi mandat, kutipan hasil akan mencapai hingga lebih RM8 bilion.

“Oleh itu, saya berharap rakyat agar tidak mendengar atau mudah terpengaruh dengan cerita-cerita fitnah serta bohong pembangkang melalui media sosial kepada kerajaan," katanya.

“Kita akan teruskan pencapaian baik ini khususnya dalam pembangunan ekonomi dan mesejahteraan rakyat. Kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan persekutuan untuk memastikan lebih banyak pembangunan dibawa ke negeri ini.”

Sementara itu, Hajiji berkata seiring dengan peranan besar masyarakat Tionghua dalam pembangunan ekonomi negeri ini, beliau berharap masyarakat ini akan terus bersama-sama membantu kerajaan membangunkan ekonomi negeri ini.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa kerajaan negeri hari ini sentiasa berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan mereka," jelasnya.

“Ini yang kita terus lakukan dan saya berharap rakyat di Sandakan akan terus memberi sokongan kepada wakil-wakil rakyat di daerah ini.”

Sementara itu, mengenai masalah air di Sandakan, beliau akan memanggil pengarah jabatan air untuk menyelesaikan masalah bekalan air di daerah ini.

“Saya mahu tahu lebih lanjut apa masalah sebenarnya dan saya tidak mahu ada unsur-unsur sabotaj dalam pengurusan air di negeri ini, termasuk di Sandakan,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut menghadiri rumah terbuka ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah, Tan Sri Andrew Liew.