
PENAMPANG: Semua dasar dan program kerajaan yang dirancang ketika ini mesti berorientasikan kesejahteraan rakyat untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada setiap pembangunan yang dilaksanakan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Selaras dengan komitmen ini, katanya, kerajaan negeri terus memberi perhatian lebih menyeluruh untuk memastikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mempunyai kediaman yang selesa.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, selain pembinaan projek perumahan kos rendah dan perumahan awam mampu milik, kerajaan juga meneruskan pembinaan Rumah Mesra SMJ yang dilancarkan pada 2022. Sehingga Oktober 2024, sebanyak 4,482 unit Rumah SMJ telah dibina.
“Untuk 2025, RM250 juta diperuntukkan, iaitu peningkatan 100 peratus, untuk pembinaan 3,000 unit Rumah SMJ di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah,” katanya semasa Majlis Pelancaran Skim Rumah Rakyat Sabah (SRRS) di tapak projek, 360 Boulevard Bundusan pada Ahad.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Teks ucapannya dibacakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Isnin Aliasnih.
Katanya, pembangunan hartanah merupakan pemacu utama kesan pengganda ekonomi, selain merangsang keseluruhan rantaian bekalan pasaran apabila proses perancangan, pembinaan, penjualan dan penghunian mencetuskan aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada sektor seperti pembinaan, kewangan, runcit, pengangkutan dan teknologi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hajiji berkata pelancaran rasmi SRRS membuka satu lagi babak baharu dan penting dalam usaha kerajaan negeri untuk menjana pembangunan ekonomi di negeri ini, selain meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Sabah.
Beliau berkata SRRS selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan setiap rakyat di negeri ini memiliki rumah sendiri, ekoran peningkatan kos sara hidup, rakyat berdepan pelbagai cabaran dan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri, terutamanya di kawasan bandar utama seperti Kota Kinabalu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pelancaran skim perumahan inovatif ini akan mengubah landskap pemilikan rumah di negeri ini. Skim ini akan memberi manfaat kepada 10,000 rakyat Sabah yang layak untuk membeli rumah pertama mereka di lokasi bandar utama, dengan harga jualan tidak melebihi RM500,000 serta syarat kemasukan yang mudah.
“Kerajaan negeri melalui Kementerian Kewangan dan Sabah Credit Corporation sebagai penyedia utama pembiayaan untuk skim ini akan bekerjasama erat dengan CFS Usaha Tegas bagi membangunkan serta memperkemas rangka kerja skim perumahan ini,” katanya.
Hajiji menyeru rakyat Sabah yang layak agar tidak melepaskan peluang khas yang ditawarkan melalui skim ini. Dengan syarat kemasukan yang mudah, serta faedah seperti kadar faedah rendah dan tetap, tempoh bayaran balik pinjaman lebih panjang, pinjaman penuh 100 peratus dan pelan bayaran balik khas.
Selain itu, katanya, skim ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap dan keinginan dalam kalangan golongan muda untuk memiliki rumah sendiri.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemaju tempatan yang menyertai skim ini, terutamanya Borneo Kemuncak Riang yang menawarkan Boulevard 360 Bundusan sebagai rumah pertama SRRS.
“Saya berharap dengan pelancaran skim ini, kita dapat mewujudkan lebih banyak kerjasama antara kerajaan negeri dan pemaju untuk memenuhi keperluan semua lapisan pendapatan di Sabah,” katanya.
