Hajiji: Pembangunan saksama pastikan tiada kaum terpinggir

LocalPolitics
25 Aug 2024 • 1:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa memastikan pembangunan saksama bagi memastikan tiada kaum yang terpinggir di negeri ini, termasuk dalam aspek kebudayaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji berkata, ini seiring dengan komitmen kerajaan yang sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan kesederhanaan terhadap segala polisi, menggalakkan setiap kumpulan etnik, termasuk kaum Tionghua di Sabah, menerus dan memajukan kebudayaan masing-masing.

Katanya, kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM56.75 juta untuk badan-badan keagamaan bukan Islam, mubaligh, sekolah jenis kebangsaan dan persendirian di Sabah pada tahun ini.

“Jumlah peruntukan ini merupakan peningkatan sebanyak RM2.7 juta berbanding RM54.05 juta tahun lalu. Peningkatan peruntukan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri amat prihatin dan serius dalam membantu masyarakat di negeri Sabah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” katanya.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Perayaan Ulang Tahun Ke-30 dan Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankuasa Pusat Penggal Ke-14 Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Dewan Hakka, Teluk Likas pada Jumaat.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Phoong Jin Zhe.

Katanya, sejak sekian lama, FCAS turut memainkan peranan penting membantu kerajaan peningkatan ekonomi negeri ini, dan berharap kesepaduan dan kerjasama yang erat dalam FCAS diterjemahkan untuk menyokong dan membantu kerajaan meningkatkan lagi pembangunan di Sabah.

“Saya mahu peranan ini berterusan untuk sama-sama menyokong usaha kerajaan, khususnya dalam menjayakan pelbagai inisiatif dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Dengan pengaruh, kepakaran dan rangkaian FCAS yang luas, saya yakin gabungan ini akan memanfaatkan semua inisiatif kerajaan serta memainkan peranan dalam usaha membantu negeri ini, terutama membawa lebih ramai pelabur datang ke negeri ini,” katanya.

Hajiji mengucapkan syabas kepada FCAS yang kini berusia 30 tahun atas inisiatif untuk membeli sebuah bangunan empat tingkat di Kg Air, Kota Kinabalu sebagai Wisma FCAS.

“Tepat pada masanya FCAS memiliki bangunan sendiri di Bandaraya Kota Kinabalu. Wisma FCAS merupakan lambang bersatu padu dan bekerjasama antara semua persatuan Cina dan juga semua kaum Tionghua di Sabah dan WP Labuan.

“30 tahun adalah satu jangka masa yang agak panjang dan bukan senang bagi satu pertubuhan dapat ditadbirkan dengan baik dan lancar. Tahniah kepada FCAS dan selamat hari jadi yang ke 30,” katanya.

Hajiji yakin, gandingan Tan Sri Dr TC Goh dan Datuk Susan Wong, yang sekali lagi terpilih menterajui pimpinan FCAS Penggal Ke 14, akan memberi lebih banyak sumbangan kepada masyarakat Tionghua dan memastikan hubungan rapat dan baik dengan kerajaan negeri.

Sempena bulan kemerdekaan, beliau berharap keharmonian dan keamanan yang dikecapi rakyat berbilang kaum serta negeri selama ini terus kekal dan dipelihara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.