Hakim AS tarik kes rasuah penyokong kuat Trump dari India

WorldPolitics
11 Aug 2026 • 12:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hakim AS tarik kes rasuah penyokong kuat Trump dari India

WASHINGTON: Seorang hakim Amerika Syarikat (AS), pada Isnin menggugurkan kes terhadap hartawan industri India, Gautam Adani, selepas pentadbiran Presiden Donald Trump memutuskan untuk menarik balik pertuduhan penipuan dan rasuah terhadapnya.

Dokumen mahkamah menunjukkan Hakim Mahkamah Persekutuan Brooklyn, Nicholas Garaufis, secara rasmi meluluskan permohonan pendakwa raya pada Mei untuk menggugurkan pertuduhan 2024 yang mendakwa Adani terlibat dalam skim rasuah bernilai AS$265 juta (RM1 bilion) bagi menyogok pegawai India untuk mendapatkan kontrak lumayan membekalkan tenaga solar.

Media AS sebelum ini melaporkan bahawa peguam Adani, Robert Giuffra yang juga merupakan peguam peribadi Trump, memberitahu pegawai Jabatan Kehakiman pada April bahawa jika pertuduhan digugurkan, hartawan itu bersedia melabur AS$10 bilion (RM41 bilion) dalam ekonomi Amerika.

Hakim dalam kes itu sebelum ini mempersoalkan sama ada janji pelaburan yang dilaporkan itu menjadi faktor dalam keputusan kerajaan AS untuk menggugurkan kes berkenaan, satu langkah yang jarang berlaku dalam sistem perundangan persekutuan. 

Namun, beliau akhirnya membuat kesimpulan bahawa perkara tersebut bukan sebahagian daripada proses membuat keputusan pendakwa raya.

Kumpulan Adani merupakan antara empayar perniagaan terbesar di India, dengan operasi merangkumi pelabuhan dan loji janakuasa hingga kilang simen serta syarikat media.

Adani, antara individu terkaya di India dan penyokong kuat Trump di media sosial, terjejas dalam beberapa tahun kebelakangan ini akibat dakwaan penipuan korporat dan kejatuhan harga saham. – AFP

The post Hakim AS tarik kes rasuah penyokong kuat Trump dari India appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved